center

LUPAKAH AKU..?!!

ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Alhamdulillah, selesai solat Jumaat aku untuk minggu nie.
Walaupun pada mulanya ingatkan nak hujan, tapi tak hujan. HEHE.
Khutbah hari nie pasal "Sunnah yang dilupakan."
Bila dengar Ustaz tu sebut tajuk nie, aku tersentap sekejap.
Soalan yang ada dalam kepala aku, Adakah aku amalkan sunnah Rasulullah SAW?
Entah kita tahu ke tak sunnah Rasulullah SAW.
Kadang sedih jugak ada yang tak tahu sunnah Rasulullah SAW tu apa.
Bagi yang tahu tu, amalkan. Dan yang tak tahu tu, cari la kat internet antara sunnah Rasulullah SAW untuk amalan harian kita. Dunia dihujung jari. HEHE.

Sunnah Rasulullah SAW nie banyak. Banyak sangat.
Contoh, nak pakai kasut atau selipar. Rasulullah SAW biasanya mulakan dengan kaki kanan, barulah pakai yang belah kiri. Bila nak bukak kasut, Baginda akan mulakan dengan kiri dan kemudian kanan.
Sebab tu kita disarankan untuk memulakan yang kanan. Sebab itu pun salah satu sunnah.

Ramai orang yang memandang remeh je benda nie.
Kita boleh kira berapa kerat je yang masih istiqamah mengamalkan sunnah nie.
Berapa ramai yang minum air secara duduk? Berapa ramai yang senyum jumpa sedara se-Islam? Berapa ramai yang makan dengan hanya 3 jari sahaja? Tak ramai kan.
Sedangkan aku pun tak buat macam tu. Minum kadang kadang berdiri pun ada. Buat muka ketat jumpa orang yang aku tak berapa berkenan dan makan pun dengan 5 jari. Apa pun tak boleh. HEHE.

Mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad SAW).”
Sabda Nabi SAW:

Mafhumnya: “Sesiapa yang memulakan di dalam islam satu sunnah yang baik, maka untuknya pahala amalannya dan pahala orang yang mengikut contohnya selepas dari itu, tanpa berkurangan pahala-pahala mereka sedikitpun.” (HR Muslim 1017).


Antara ayat yang aku ingat masa pergi ceramah Ustaz Don kat Kangar,
"Kalau kita tak amalkan sunnah Rasulullah SAW, jangan risau. Sebab ada hamba yang lain yang akan amalkan.. Kalau kita tak nak amalkan sunnah Rasulullah SAW, takpe. Sebab ada ditempat lain dibumi Allah yang akan amalkan..." -Ustaz Don.

Kita sebagai umat dan hamba harus buang sifat sombong takbur kita tu. Bumi Allah nie luas. Setiap apa yang ada dalam dan luar bumi nie adalah milik Allah. Dia tak rugi apa, yang akan rugi adalah kita.
Mungkin kita nampak remeh, tapi benda nie besar ganjarannya.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan golongan mereka yang rugi. Aminnn.

Ganjaran bagi mereka yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW nie besar walaupun sunnah tu tak sesusah mana pun. Untungkan? :)
Tak dapat buat semua, buat segelintir pun okay.
Peace.


notakaki: Lepas nie taknak buat muka ketat dah. Nak senyum sokmo. :D

No comments: