kelebihan bulan RAMADHAN




AS'SALAM!

dah masuk punn bulan RAMADHANyg di tunggu tunggu oleh umat Islam
jgn menunggu sebab nak jamah makanan sedap sedap je tyme berbuka
tapi sebab nak beramal kepada yg Allah SWT :)

nie nak share sikit la pasal
kelebihan bulan RAMADHAN
takkan RAMADHANy kita tau hanya berpuasa dari semua segi dan solat TAWARIKH
byk kelebihan dye
jum sejenakk..

1. Kelebihan bulan RAMADHANdan keagungannya ngan ade nye malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah SWT, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

2. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya.

3. Orang yg sembahyang bulan RAMADHANtiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya.

4. Pada hari Qiamat, Allah SWT memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan RAMADHAN.

5. Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan RAMADHANdengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah SWT, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu.

6. Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan RAMADHANatas segala hari yang lainnya seperti kelebihan RAMADHANatas segala bulan.

7. Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah SWT pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa RAMADHANdari umat Muhammad!

8. Bulan yang agung dalam Islam. Bulan RAMADHANadalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

nie la sedikit dari kelebihan yg ade lam bulan RAMADHANnie
byk lagi..
nie pengetahuan tok kita sume
to all peeps:
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)


6 comments:

hazura hassan said...

eh azalan! blogger suda? hahaha.. gud2.. ;D

Azar Azlan said...

haha. otw nak g vlogger la. :D

ZIPPO MILLER said...

untuk Info= tq
Untuk Follow = tq

Selamat berpuase Bro :)

Azar Azlan said...

selamat berpuasa gakk zippo miller :)

Cahaya Fajar said...

slamt brpuasa...^^

Azar Azlan said...

selamat berpuasa jugakk cahaya fajar ^^,