center

AL-FATIHAH noramfaizul mohd nor!


AS'SALAM!



Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Manakala wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan ASTRO Awani, Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

“Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia..Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. 

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpurdalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia dijangka pulang 8 September ini. – sumber, BERNAMA

p/s: semoga roh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dicucuri rahmatNya dan di tempat kan ditempat orang  orang yang beriman. Al-Fatihah!