center

CUKAI MEMBEBANKAN....?


AS'SALAM!



KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi
di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

ULASAN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK:


"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat. Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri." katanya.

ULASAN AZAR AZLAN:

aku pun confirm confirm la tak setuju ada cukai topup prepaid 6 peratus untuk pembelian Prabayar atau prepaid topup ni atau pembelian simkad ni. MEMANG TAK SETUJU!!
skang nie dah la harga barang semua makin bertambah, yang bekerja pulak,
gaji dorg bukan nya naik pun ( contoh macam aku lah tu. HEHE. )
nak makan kat fastfood pun kena tax taw. aduyai!
setahu aku lah kan, mostly pengguna pengguna nie dorg berpendapatan rendah dan menggunakan hasil makbapak ( budak sekolah ).
aku agak je. HEHE.
dan aku rase confirm ramai yang tak setuju dengan benda nie.

jum kita main kira kira!

Contohlah kita beli top up RM10, maka termasuk cukai , harga RM10.60. Kena bayar extra 60 sen.

Kalau kita beli topup RM50, maka harga termasuk cukai 6% adalah RM53.00. Kena bayar extra RM3.00.

Bayangkan kita beli topup RM50 sebanyak 100 kali, maka wang yang dikeluarkan sahaja untuk bayar tax topup adalah RM300 ( 100 X RM3.00 ). Mahal gak tu. So kalau 10,000 orang membayar cukai RM300, maka untunglah kerajaan sebab dapat RM3,00 0,000.

so ape korg rasa sekarang..? nak ke tak nak..? HEHE.
apa apa pun berdoa la ye akan ada orang yg akan menegakkan benda ni.
paling tak pun kurangkan tax tu.
enjoyy!!

p/s : nak naik pun jgn la melampau sangat. naik lah sikit sikit je. macam 1% atau 2%. nie kalau dah sampai 6%, ape cer....?


5 comments:

iAmCekbolat said...

huihh.. sne sni kes ta puas hti psal cukai.. ish3

Unknown said...

memang sangat bull sebab syarikat telekomunikasi tak mahu tanggungkan 6%, biar lah mereka tanggung, untung jugak. nak biarkan kerajaan untung? tak kemana sangat kalau diberi. if kerajaan nak guna untuk kebaikan negara takpe juga. tapi sekarang entah kemana perginya duit rakyat.

Azar Azlan said...

@::Emy`s st0ry mAu cElita:: manusia bese laaa.

Azar Azlan said...

@syaimz betoi! aku sokong hang!

Zul fattah said...

boikot2.. haha