center

ALASAN TAK MASUK AKAL, KANTOI KHALWAT!!


AS'SALAM!

Sepasang kekasih memberi alasan tidak masuk akal dengan mendakwa tompokan air mani di atas katil kesan dari air alat penghawa dingin ketika mereka ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Lebuh Chulia, Georgetown kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.15 tengah malam oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu, wanita yang masih baru berusia 18 tahun itu tidak sempat memakai pakaian dan hanya berselimut untuk menutup tubuhnya.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya membuat pemeriksaan melalui buku pendaftaran sebelum ke bilik disewa pasangan kekasih itu.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, mereka terpaksa menunggu hampir lima minit sebelum pintu dibuka oleh seorang lelaki yang hanya berseluar panjang tanpa baju yang mengaku duduk bersama rakannya.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui seorang wanita berada di atas katil dalam keadaan berselimut dan mendapati dia dalam berkeadaan berbogel."
"Pemeriksaan lanjut turut menemui kesan tompokan air di atas katil dipercayai air mani namun ketika disoal mereka memberi alasan air dari alat penghawa dingin." katanya.

Kedua duanya ditahan dan dibawa ke JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua duanya sekali.

*GAMBAR HIASAN.

p/s: Kesian budak budak sekarang, pandai main je. Dah kantoi gabra lebih sampai tak dapat nak fikir alasa. HEHE.


4 comments:

Lily RIna said...

Haha, mmg tak masuk akal betul alasan tu

Azar Azlan said...

@Lily haha. tau takpe. macam la orang yang buat serbu tu baru nak hidup kan. :P

cee said...

macam babi gambar kau lah sial . haha . aku ingat cite gay tadi . LOL

Azar Azlan said...

@cee haha. mane ade la gila. tu kan gambar hiasan je. haha