center

FABREGAS DALAM SKUAD SEPANYOL MENENTANG ENGLAND & COSTA RICA!


AS'SALAM!


Bintang tengah Barcelona, Cesc Fabregas akan kembali memperkuatkan pasukan Sepanyol bagi menghadapi dua perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa menentang England dan Costa Rica.

Bekas perancang utama Arsenal itu terlepas perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 bulan lalu kerana kecederaan, namun bakal kembali ke London buat kali pertama sejak berpindah dari England.

Fabregas mendapat tempat dalam skuad 23 permain bimbingan Vicente del Bosque selepas menunjukkan aksi cemerlang bersama kelab barunya, Barcelona sepanjang musim ini.

Pemain itu mengalami masalah otot ketika membantu pasukannya seri 2-2 di Athletic Bilbao dan dikeluarkan pada awal permainan.

Juara dunia itu akan menentang England di Stadium Wembley, Sabtu ini sebelum menentang Costa Rica di San Jose, tiga hari kemudian.




No comments: