center

HARIMAU MUDA KEMBALI LENGKAP MENENTANG BAHRAIN!!


AS'SALAM!

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mempunyai beberapa sebab untuk tersenyum menjelang perlawanan getir menentang Bahrain di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.

Pertama, tiga tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim, Fadhli Shas, dan Irfan Fazail dijangka cergas untuk kembali memperkuatkan kesebelasan utama dalam misi mengutip tiga mata penuh.

Hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang kita untuk setidak tidaknya merebut kedudukan naib juara Kumpulan C.

"Syahrul, Irfan berkemungkinan besar dapat diturunkan dan Fadhli Shas yang tidak bermain menentang Syria kerana demam, patut tiada masalah untuk beraksi Ahad ini," kata Kim Swee yang akhirnya menarik nafas lega selepas mengharungi jadual padat Sukan SEA dan menghadapi kekangan masa untuk membuat persiapan menentang Syria, kelmarin.

Rehat selama tiga hari merupakan peluang terbaik untuk seluruh skuad terutama sebilangan pemain yang terpaksa beraksi dalam dua perlawanan tegang berturut turut dalam tempoh kurang dari 48jam.

Bagi Kim Swee, dia sendiri juga mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan dan percaturan taktikal lebih rapi berbanding ketika bertemu Syria.

"Saya tiada peluang untuk bermimpi pun," keluhnya merujuk kepada masalah kekangan masa.

Bagaimanapun persembahan bertenaga diluar jangkaan daripada kesebelasan terbaik yang diturunkan kelmarin, telah membangkitkan keyakinan dalam dirinya bahawa peluang mengejutkan Bahrain adalah cerah dengan adanya skuad yang lebih cergas dan lengkap.


Aksi menakjubkan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor yang membuat penampilan sulung selepas dua bulan tidak bermain, mendapat pujian Kim Swee.

"Saya agak terkejut Wan Zack mampu beraksi dengan sempurna sepanjang 90minit permainan, ia satu keadaan yang luar biasa untuk seorang pemain yang diketepikan dalam tempoh yang panjang.

"Ini menunjukkan sepanjang tempoh dia tidak berlatih bersama kami, dia sendiri telah bersungguh sungguh membuat latihan untuk mengembalikan sentuhan dan kecergasannya. Saya rasa sikap seperti ini yang patut dicontohi oleh semua pemain," jelasnya.

Sementara itu, Kim Swee juga berharap lebih ramai penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukannya.

Beliau mengakui, kejayaan menumpaskan Indonesia pada final Sukan SEA XXVI, Isnin lalu menukar senario bola sepak negara.

Justeru, beliau peminat terus memberi sokongan untuk anak anak buahnya berdepan Bahrain. "Saya amat terharu dengan semangat penyokong yang setia bersama kami walaupun tewas 0-2 kepada Syria, mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Kami akan membalas sokongan anda pada hari Ahad ini." katanya lagi.

Lagu Team Malaysia-Gemuruh Suara.


No comments: