center

CARLOS TEVEZ AKAN DI LAMAR AC MILAN


AS'SALAM!
Kleab Itali, AC Milan semakin hampir untuk menyelesaikan urusan pembelian penyerang bermasalah Manchester City, Carlos Tevez bagi perpindahan Januari depan.

Ejen kepada pemain itu, Kia Joorabchian kini berada di Milan untuk perbincangan tersebut yang dianggarkan bernilai sekitar 25 hingga 30 juta pound.

"Milan tidak berahsia mengenai minat mereka untuk mendapatkan Tevez dan berbincang dengan Joorabchian untuk peluang perpindahan," kata sumber.

Tevez kini pulang ke kampung halamannya di Buenos Aires selepas meninggalkan City tanpa kebenaran, dua minggu lalu.

Pengurus City, Roberto Mancini ternyata sudah tidak mahu menggunakan Tevez tetapi difahamkan kelab itu hanya mahu menjualnya dengan harga pasaran iaitu 40juta pound.

Bagi Milan, mereka bersedia memuktamadkan bidaan terhadap Tevez jika pemain itu berjaya membuktikan tahap kecergasan serta menyakinkan mereka yang dia mempunyai mentaliti terbaik untuk  berdepan cabaran di Serie A.

Milan memerlukan seorang penyerang baru pada Januari depan selepas Antonio Cassano menjalani pembedahan jantung manakala Alexander Pato sering mengalami kecederaan.


No comments: