MALAYSIA VS BAHRAIN, MUSLIM AHMAD PULA CEDERA!!


AS'SALAM!
Ketika sudah ramai pemain Olimpik pulih dari masalah kepenatan dan kecederaan menjelang pertemuan Malaysia vs Bahrain esok, tonggak pertahanan, Muslim Ahmad memberikan perkhabaran kurang menggembirakan. Tanpa disangka, pemain yang memikul antara watak penting membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta itu menjadi antara baru yang diletakkan dalam senarai kecederaan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengendali pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berkata, Muslim kecederaan urat pelipat lutut atau hamstring semasa perlawanan dengan Syria pada rabu lalu.

"Muslim masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan yang dialami semasa perlawanan terakhir.

"Kita akan memantau tahap perkembangannya sebelum hari perlawanan, namun saya harap is tidak terlalu serius.

"Jika dia tidak dapat diturunkan, kita masih mempunyai Amer Saidin yang bermain dengan baik semasa menentang Syria baru baru ini." kata Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan skuad Olimpik di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Muslim yang ditemui pula mengakui dia cukup terkilan jika tidak dapat bermain, namun dia percaya kepada sesiapa yang menggantikan tempatnya mampu menggalas peranan untuk menghadapi serangan dari Bahrain.

"Saya akan mendapatkan pandangan fisioterapi dan doktor dalam masa beberapa hari ini yang masih memantau kecederaan hamstring saya.

"Kalau boleh saya memang hendak bermain namun kalau cedera, apa boleh buat, saya cuma harapkan rakan rakan tidak kira siapa yang akan diturunkan mampu bermain cemerlang dalam perlawanan itu nanti dan meraih kemenangan tambahan kita beraksi di tempat sendiri." katanya.

Dua lagi pemain yang sudah pasti digugurkan ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria ekoran kecederaan yang sama seperti Muslim Ahmad manakala Izzaq Faris Ramlan disahkan berdepan kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan perlu berehat sekurang kurangnya enam bulan disamping akan menjalani pembedahan pada Selasa ini.

Sementara itu, Ong Kim Swee mengakui seri dan satu lagi kekalahan bukan lagi satu keputusan yang boleh diterima pada perlawanan esok.

"Ini perlawanan hidup mati kita, tiga mata sahaja sasaran saya, jika kita kalah, peluang kitya boleh dikatakan sudah terpadam bagi meraih kedudukan sekurang kurangnya di tempat kedua kumpulan.

"Walaupun Bahrain juga tewas dua kali seperti kita, mereka adalah lawan yang bagus dan perlawanan ini pasti sukar.

"Strategi menyerang antara pilihan utama saya perlawanan itu nanti tetapi saya akan kita tidak terlalu ghairah mendapatkan gol sehinggan membuka ruang kepada lawan," katanya.


4 comments:

efa said...

huwaa sian muslim ahmad,adess harap dia cpt sembuh dn dpt beraksi esok amin

Azar Azlan said...

@efaamin! tapi rase rase dye mmg takkan main besuk.

penglipurlara said...

tanpa muslim kita msih ada fadli shas
~selamanya harimau malaya~
http://caripunca.blogspot.com/2011/11/kelayakan-olimpik-2012-malaysia-vs.html

Azar Azlan said...

@penglipurlarabetul betul. barisan pertahanan masih kental.