center

TIPS NAK MENULIS ENTRI DALAM BLOG 2!!


AS'SALAM!


Sambungan dari TIPS NAK MENULIS ENTRI DALAM BLOG, kali ni aku nak share 3lagi pont yang boleh dititikberatkan jika korang nak menulis entri. Bagi yang belum membaca part 1, korang boleh baca yang tu dulu atau selepas membaca part 2 nie ya. Mana mana pun boleh. :)


Untuk kali nie, 3point tersebut adalah......

1) GAMBAR

Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang korang tulis di dalam blog. So, gambar memang mempengaruhi minat pembaca untuk membaca blog korang.


Contoh la, kalau korang baca buku, mesti nak ada selit selit gambar kan? Macam tu la jugak minat pengunjung yang datang kat blog korang. Paling kurang pun letak la sekeping dua. Tetapi pastikan tidak letak terlalu banyak gambar, melainkan entri memang berbentuk penerangan gambar.

2) PROVOKASI

Adakah bagus untuk anda melakukan provokasi semasa menaip blog..? Jawapannya, YA! Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan mengomen.


Tetapi harus di ingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen dengan bernas, bukannya membaca dan mengomen dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi yang berlainan jantina lagi bagus.

Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk komen. Contohnya, provokasi 'lembut' untuk lelaki, "Lelaki memang selalu macam nie ey?" atau bagi perempuan, "Perempuan memang macam nie ey?". So entri ini akan membuatkan pembaca berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.

3) PERSOALAN

Tinggalkan persoalan untuk entri korang. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri korang. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.


Contohnya, jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas itu? Nanti aku cerita dalam entri yang akan datang ye." Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang akan berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. :)

So macam mana? Dapat input tak? :) .Hope korang lepas nie akan manfaatkan lah tips nie ey agar ramai pengujung akan mengunjung ke blog korang. Happy Blogging. :)