center

TIPS NAK MENULIS ENTRI DALAM BLOG!!


AS'SALAM!

Hari hari minggu macam ni memang tak tahu apa nak buat, lagi lagi time hujan nie.
Sangat best kalau dapat tidur. #enaknyaa
Tapi, tiba tiba pulak aku terasa macam nak buat tips untuk bogger.
Korang mesti nak tahu macam mana nak buat entri yang boleh kasi orang lekat kat blog korang 24jam.


Jum tengok tips dia....

1) PERENGGAN

Ini adalah perkara yang peling penting dalam menulis blog. Tidak kiralah sama ada blog korang tu berbentuk peribadi, maklumat, perkongsian, pengalaman atau apa apa aje la. Perenggan akan memudahkan pengunjug korang membaca apa yang hendak korang sampaikan. Dan juga pemahaman untuk sesebuah entri.


Cuba korang bayangkan kalau sesebuah entri tu mempunyai ayat yang berterusan melebihi 1000 patah perkataan, tidak ke letih + busan. Nak membacanya pun dah tiada mood. Itulah sebabnya cikgu cikgu Bahasa Malaysia mengajar kita tentang perenggan. So kita boleh lah mengaplikasikannya ke dalam penulisan blog kita. :)

2) PERKATAAN

Perkataan juga memainkan peranan penting dalam penulisan untuk menghasilkan entri yang baik. Pastikan kalau boleh korang menggunakan perkataan bahasa baku sebaik mungkin dan penting juga perkataan yang korang gunakan tu mudah difahami. Tiada masalah kalau nak gunakan short form atau perkataan meleret. Jangan nanti terbelit pulak lidah pengunjung korang nak baca blog korang.


Contohnya, sayew sukew sangattt tawwww! HAHA. Agak gedik la kalau aku tulis macam tu. Tujuannya adalah untuk memudahkan kefahaman pengujung. :)

3) ENTRI JANGAN TERLALU PANJANG

Memang ada orang yang kat dalam dunia yang gila gila hebat mengarang. Kalau bagi dia 10helai kertas kosong pun dia boleh mengarang penuh dalam kertas tu. Tetapi kehebatan korang mengarang sehingga sehari tanpa henti bukan petunjuk yang baik kepada pengunjung. Pembaca juga akan merasa bosan jika entri terlalu panjang. Lagi satu, kalau entri terlalu panjang mungkin akan melalut (lari dari tajuk).


Menaip entri dengan cara yang betul untuk mengekalkan blog korang lebih mesra pengunjung. Even blog aku pun entri pun terabur. HEHE.
Apa apa pun korang tunggu tips yang berikut nya okay.
Sambungannya.... :)


2 comments:

Hans Hanis said...

entri aku panjang2
hehehehe

Azar Azlan said...

@Hansbyk betul idea kau. share la sikit. hehehe