AKU TERGOLONG DALAM TABIAT LELAKI MALAS...?!!



ASSALAMUALAIKUM WBT.

Dah jawab salam kat atas tu ke belum? Haa kalau belum jawab dulu. Mana yang dah jawab tu bagus. Nah aku hadiah kan gula gula. LOL.
Hari nie aku taknak cakap banyak sebab hari nie Sabtuday. So banyak orang keluar dari duduk rumah layan lappy. Orang yang macam tu orang macam aku je. Duduk rumah tak keluar keluar. FOREVERALONE!
Okay hari ni aku nak merepek pasal 11 TABIAT LELAKI MALAS aka tabiat aku ! HEHE.

1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN !
Haa nie aku nak habaq sikit nie. Aku bukan malas nak cuci baju, tapi aku jenis yang suka kumpul banyak banyak lepas tu masuk ramai ramai dalam mesin. Baru aku puas basuh macam tu dari basuh satu satu. Buang duit satu, bazir elektrik satu !

2. TIDAK MENGEMAS RUMAH !
Nie la benda paling berat bagi aku sebab aku nie bukan kaki yang kuat mengemas. Tapi kalau sekali mood rajin aku mengemas datang. Perghhh macam bilik baru renovate by Eric. LOL

3. TIDAK MEMBASUH PINGGAN !
Aku bukan malas basuh pinggan, tapi aku nie jenis makan kat kedai. Yelaa aku student kan. Tak makan kat rumah. So lepas makan kat kedai takkan nak angkat pinggan tu bawak masuk dapur dorang lak. Lepas tu buat muka tak malau pergi basuh kat singki. Konpem dapat maki aku rasa sebab kacau dorang buat kerja. HAHA.

4. TIDAK MENGGOSOK BAJU !
Aku bukan budak sekolah zaman nak gosok gosok baju nie. Dan aku bukan budak Business nak pergi kelas pakai kemeja siap gosok baik punyaaa! HAHA. Aku budak engineering, pergi kelas pakai tshirt je. Kalau ada event yang kena pakai formal, baru lah aku gosok. So aku nie takde la malas sangat. HEHE.

5. TIDAK BERCUKUR !
Kalau bab nie aku tak tau nak jawab apa sebab aku nie jenis yang kurang bulu di muka. HAHA. Aku takde misai or janggut untuk dicukur kan. So aku memang jarang la bercukur. Tambahan, bulu ketiak pun tak tumbuh lagi. LOL.

6. RAMBUT KUSUT !
Apa maksud rambut kusut nie? Aku tak paham. Rambut aku jenis lurus. So aku suka buat style kusut. Dan aku tak pakai sikat since sekolah menengah lagi. SERIOUSLY!! Guna jari pun boleh. HAHA.

7. TIDAK DATANG KE KULIAH !
Yang nie aku sokong! Kalau tajuk dia TABIAT LELAKI DAN PEREMPUAN MALAS! Aku pun ada gak tak datang kuliah. Yela over slept kata orang. LOL. Lepas tu mula gelabah suruh member sign kan attendance. HEHE.

8. TIDAK MENCUCI KENDERAAN !
Kalau aku ada kenderaan sendiri, konpem aku rajin cuci kat tempat yang membuat perkhidmatan mencuci kenderaan. Tapi aku still takde lagi kenderaan sendiri. Pinjam bapak punya lagi. LOL.

9. TIDAK MENJAGA PENAMPILAN DIRI !
Aku tak cukup hensem ke nie? Okay fine, aku ada jerawat ! Tapi tu tak bermaksud aku tak jaga penampilan diri. Aku potong kuku, korek hidung, korek telinga, gosok gigi, cuci muka, pakai deodorant, pakai perfume. Haa banyak lagi la. So bab nie aku kurang malas la jugak. HEHE.

10. TIDAK SUKA MEMBACA !
Siapa cakap aku tak suka membaca? Aku suka kott. Lagi lagi buku tu aku minat. Contoh buku KREKO! Perghh best gila baca komik. Dapat mengisi masa lapang aku sikit dari kekusutan kelas yang pergi hari hari tapi satu apa pun tak paham. LOL.

11. TIDAK BANGUN AWAL PAGI !
Nie yang aku paling susah nak buat tapi selalu buat. HEHE.



notakaki : nie suka suka je tau. jangan anggap aku nie pemalas pulak. LOL.






11 comments:

Anonymous ™ said...

Salam, sy tak tergolong dlm golongan ni.. huhu =)

nonyy said...

hihi best baca (:

Azar Azlan said...

@Anonymous ™ haha. terbaek la kau. aku ada la beberapa yang sama. ;p

Azar Azlan said...

@nonyy thanks nonny :)

LIA AZMAN said...

smua student lbh kurang ajerrr. hehe

Muhamad Azam said...

Nice entry..

Jejak sini harap sudi balas kunjungan.. :D

Farah said...

banyaknya tabiat buruk kaum lelaki ni ek..

Lang Radzlan said...

saya tergolong dlm nmbr 7 dan 8..itu pun sekali sekala je lah..yg lain ok lah :)

Azar Azlan said...

@Lang Radzlan haha. okay la tu. tak lebih dari 5. HAHA. ;p

+jena said...

haaa~~ semua org yg stil study cam tuh kot.. hehe

visit here :
http://naziman.com/

Azar Azlan said...

@ jena haha. ye kott. :P