center

LAYAKKAH AKU..?!




ASSALAMUALAIKUM WBT.

Selamat pagiiii.
Awalnya korang bangun.
Kebiasaan lepas subuh mesti aku tidur, tapi hari nie tak boleh tidur pulak.
Maybe semalam aku tidur awal kott.
Mengantuk sangat. Padahal duduk rumah je. *sigh*


Gambar kat atas nie bukan gambar mak aku, mahupun adik atau kakak aku, apetah lagi awek aku.
Bukan bukan, semua diatas tu bukan. Ini hanyalah gambar hiasan. Hehe.
Sebenarnya, aku suka tengok gadis yang berpurdah. SERIOUS.
Orang putih cakap, "turn on". Haha.

Aku nie bukanlah seorang lelaki yang selalu ke surau atau masjid.
Tapi dalam seminggu tu adalah dalam 2, 3 kali ke masjid untuk baca yaasin atau solat jumaat.
Solat tak tinggal. InsyaALLAH.
Mungkin naluri lelaki aku yang lebih terpikat dengan gadis yang berpurdah.
Aku bukanlah terlalu melihat pada rupa. Sebab aku nie pun bukanlah ada rupa sangat. Haha.
Pada aku dorang nie cantik walaupun tak nampak muka.
Hanya nampak mata dah boleh buat aku cair. Gittu! Haha.

Yang jadi masalahnye sekarang adalah diri aku sendiri.
Kalau tengok pada luaran memang orang berpurdah nie kita akan cakap dorang nie jenis yang jaga batas agama, tak tinggal solat, selalu amalkan sunnah dan macam  macam lagi.
Aku pulak jenis yang biasa biasa je. Bukanlah seorang yang alim macam lelaki lelaki yang pergi memane akan pakai songkok, kopiah atau serban.
Yang itu memang lelaki yang terbaik. Dan aku pasti gadis berpurdah nie mesti nak lelaki yang macam tu kan. Gadis biasa pun nak jugak. Aku yakin. Siapa taknak kan. Hehe.
Aku yang biasa pun baju melayu jela. Macam gambar kat bawah nie.


Nampak ke-pemalu-an aku kat situ. Haha.
Actually, aku kurang keyakinan kalau bab nak meng-usha gadis berpurdah nie.
Orang putih cakap, "low self-esteem". Hehe.
Rasa macam banyak sangat kekurangan. "Nak ke depa tu kat aku?", monolog dalaman.
Tapi orang kata, ada jodoh tak kemana. Tak tau la aku siapa yang bagi kata kata macam tu. Haha.
Ubah diri jadi baik dulu, baru ada orang yang baik nak kat kita.
Siapa pun bakal isteri, aku terima. Walaupun tak berpurdah. :)

notakaki: Muka merah padam cerita pasal benda benda jiwang. Haha.

16 comments:

Unknown said...

Kita bagi baik pada diri kita dulu. Baru orang nak kat kita. Betui tak? Haha.

Memang, perempuan2 yang berpurdah adalah insyallah lebih baik.

Azar Azlan said...

@LilyNrman.Com betul betul betul. :) .InsyaAllah akan ubah diri jadi lebih baik. thanks :))

NuRuL HoNeY said...

..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
..semoga awk berjaya memiliki awk mahukan..
..amin..

Jiarizaira said...

most of da women yg ak jumpe kat sini....dowang cakap nak dapat suami macam ustaz....

Maisarah Azmi said...

Semoga betemu jodoh yg sesuai

fanuiz said...

impossible is nothing..
ALLAH know better than us..
mane tau impian + doa anda dimakbulan.. insyaALLAH..so.. good luck..

Azar Azlan said...

@mohamad khairul nizam selamat khairul nizam. :)

Azar Azlan said...

@NuRuL HoNeY aminnn! thanks nurul. sama la dgn awak jugak. :)

Azar Azlan said...

@Encek Rizaira sama la dgn lelaki. aku nak yang macam ustazah tu. semua nak yang baik2 untuk pasangan hidup.

Azar Azlan said...

@Maisarah Azmi semoga awak pun jumpa jodoh. :)

Azar Azlan said...

@fanuiz yes. sangat tepat kata2 tu. goodluck for you too. :)

AL AZRUL said...

klu nak yg berpurdah bleh je.. kahwin dgn yg x berpurdah, bila dah kahwin, sruh la isteri pkai purdah, bru la OK..

Azar Azlan said...

@AL AZRUL yang tu betul gak tu. benda nie tak wajib pun. just berkenan yang berpurdah je. :)

sunshine =) said...

insyaAllah..jika anda berusaha untuk menjadi seorang yang soleh bukn di mata manusia tetapi di mata Allah,yakinlah Allah akan memberikan apa yang terbaik buat anda..
"Allah knows what the best for us" (:

Azar Azlan said...

@sunshine =)InsyaAllah akan cuba menjadi yang terbaik untukNya :) terima kasih putri.

Dekya said...
This comment has been removed by the author.