center

ADAKAH BOLEH DIMAAFKAN..?!




ASSALAMUALAIKUM WBT.

Syukur Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk bertemu Syawal pada tahun ini, InsyaAllah.
Yang pasti pada hari raya ini, ramai yang menyambut dengan kegembiraan.
Berbaju baru itu adalah sunat bagi yang berkemampuan dan tak lupa juga sedara mara kita yang diluar sana yang menyambut dengan bom, peluru, tangisan.
Jangan lupa untuk mendoakan mereka didalam kegembiraan kita.
Semoga mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Amin~

credit.

Ucapan ini ditujukan kepada semua yang berkunjung ke belog aku, tak lupa jugak kat ibu bapa aku, adik beradik, sanak saudara, kawan kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan kolej, kawan universiti, kawan baik a.k.a BFF, kawan gaduh, kawan carut, kawan gosip, kawan gelak, kawan kawan baru, kawan lama, yang baru nak kenal, yang benci aku, yang sayang aku, stalker aku, yang nak jadikan aku boyfriend girlfriend dorang, yang aku ada hutang, yang berhutang dengan aku, pembuli aku, yang aku buli, rakan sekerja secret recipe, bos aku yang belanja berbuka dan bagi duit raya, customer aku kat secret recipe samada sopan sombong berlagak ramah dan juga pendiam, brader yang jual tiket wayang 'Step Up Revolution', makcik makcik yang suka bergossip belakang rumah aku, jiran India sebelah rumah aku, kucing kucing aku yang berak sesuka hati, pakcik JPJ yang tahan aku semalam, bangla yang tolong isikan minyak motor aku dan kepada orang orang Islam seluruh dunia, aku,
MOHD AZARUDDIN BIN AZLAN,
menyusun sepuluh jari,
Memohon Maaf Zahir dan Batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kalau aku silap dan salah, samada sengaja atau tak sengaja, aku nak memohon maaf.

gambar tahun lepas.

notakaki: Aku kerja time raya pertama wey!!!! SADIS!!

9 comments:

naaisyah S said...

Selamat hari rayaaa! :)

Unknown said...

selamat hari raya..:)
wah..selamat berkerja d raya prtama.hahahaha

Unknown said...

Salam Lebaran ! Izzah dah maafkan dia . hikhik , first time datang , takde salah ag . hihhi

Follow sini :)
http://rahasiabelogaku.blogspot.com/

eikynsilent said...

salam aidilfitri.
hava a good raya days with
all whose those in list :P

Azar Azlan said...

@anis scha selamat hari raya anis :)

Azar Azlan said...

@Cik Lyeen haha. jahat, perli ey. ;p .selamat hari raya gak :)

Azar Azlan said...

@\\ Izzah // haha. thanks follow. selamat hari raya :)

Azar Azlan said...

@eikynsilent thanks eikyn. salam aidilfitri to you too.

Affy Afiqah said...

Eid mubarak azar azlan :)