KENAPA TAK BOLEH..?!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


Selamat pagi semua :)
Harap harap pengunjung yang datang semuanya berpuasa, dan yang tak berpuasa tu,
makan jangan bagi orang puasa nampak ey. Haha.
Pagi nie aku nak korang layan video kat bawah nie.
Enjoyyy!



Dah layan dah? Apa korang rasa?
Best? Bosan? Sedih? Tak paham? Takde perasaan? Ke tak tengok lagi. Hehe.
Video kat atas nie sebenarnya menceritakan pasal diri kita yang sudah dewasa nie.
Macam yang korang paham kat dalam video tu, masa kecik kecik dulu. Apa je yang kita buat, kita tak pernah nak fikir negatif. Tak kisah la apa pun.

Contoh macam panjat pokok tu, aku pernah panjat pokok masa kecik kecik kat kampung dulu.
Selagi tak naik sampai atas, selagi tu aku panjat dan aku tak pernah fikir yang aku akan jatuh walaupun kebarangkalian untuk aku jatuh tu ada.
Bila dah besar nie, nak panjat pokok memang malas, dan alasan yang keluar dari mulut adalah "Tak nak lah, nanti jatuh tak pasa pasal je."
Mesti ayat nie la keluar. CONFIRM.

Contoh kedua, pernah jugak masa kat U or kolej dulu, masa dalam kelas. Lecturer bagi soalan, dan aku rasa aku tau jawapan dia. Tapi kenapa aku tak jawab? Sebab aku tak jawab adalah aku sentiasa berfikir negatif. Itu yang buat aku tak jawab, dan pelajar lain telah jawab soalan tu dan jawapan dia sama dengan aku. Beza kiteorang adalah keyakinan terhadap diri sendiri. Dia pun tak tau yang jawapan dia tu betul, tapi dia berani mencuba dan aku pulak tidak.

Dan aku rasa, video kat atas tu sedikit sebanyak dah memberi sedikit motivasi dalam diri aku yang menyatakan, jangan takut untuk mencuba dan jangan mudah terpengaruh dengan kata kata orang yang tak membimbing.
Aku harap siapa yang tengok video nie mampu berubah, walaupun tak banyak, sikit pun jadilah.
Terutama kepada pelajar, lagi lagi budak degree yang baru lepas dapat result bebaru nie.
Jangan mengalah walaupun gagal dalam peperiksaan. :)

notakaki: Walaupun video tu banyak kesalahan tatabahasa, harap korang paham. Hehe.

4 comments:

Aremieroul Akim said...

dulu masa mirul buat presentation time penutup guna video ni.. he3.. memang best n memberi motivasi dekat diri.. ^^ btw, mirul followww sini.. ~~ ^^\/

Azar Azlan said...

@Aremieroul Akimmotivate kan video nie. btw,thanks :)

zulhilmi tempoyak said...

penat tgok mmbr sll post video2 motivasi mcm ni...

ce ngko try buat video.. kot2 org bleh amek smgt... :)

eikynsilent said...

keep thinking such a child to borrow an ideas from that time and bring it up for our future :D