BULAN BARU..?!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Hari nie masuknya bulan baru dalam Islam, 1 Rejab 1434H.
Dan tinggal dua bulan Islam je lagi (Rejab & Syaaban), sebelum kita berjumpa dengan bulan Ramadhan.
Jom tengok apa yang boleh kita lakukan dalam bulan Allah nie. :)

Sabda Rasulullah saw maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah.

Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal.

Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.

Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya.

Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda.

Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.

Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.

Selamat beramal. :)

notakaki: Jom lah kita ramai ramai berpuasa sebanyak mana yang boleh.

[sumber]

No comments: