INI YANG PERTAMA KALI DALAM HIDUP AKU!!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hari nie baru lah ada kesempatan sikit nak melawat belog aku sendiri yang dah semakin pupus dek telan zaman.
Nampak tak ke-busy-an aku macam mana? Kalah PM yang tengah syiok bercuti tu. HAHA.
Biasa la, dah jadi senior nie memang akan banyak kerja sikit.
Lagi-lagi FYP aku yang entah apa aku buat sejak dari awal aku dapat tajuk tu.
Memang stress la. Supervisor aku pulak balik negara dia. Nak contact pun thru viber je. Dah macam awek lak aku nak kena call hari hari. Adoiii.
Tapi takpe, aku dah hantar dah pun report. Alhamdulillah.
Minggu depan masak aku nak kena present pulak. HUHU.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas PPK (fakulti) aku buat sukan. Dah alang alang join jela kan.
Dapat jugak la aku membuang segala bebanan yang terperuk kat cerok otak aku yang kecik dan sempit nie.
Macam biasa la, sukan yang aku boleh main bola sepak.
Yang tak biasa nya, aku kena main BOLA JARING.
Okayyyyyyyyyyyy, ini FIRST TIME nak main bola jaring.
Biasa tengok je awek awek ayu main baling baling bola.
Ini kali, tengok abang macho lak baling baling bola. HAHA.

Team aku pakai bit oren.

Memang kelakar la sebab bila masuk court je semua terabur tak tahu nak pergi mana.
5 minit jugak la ref nak atur kiteorg semua position yang betul.
Lepas dah faham tu baru boleh main.
Aku pulak dapat position GS (Goal Shooter).
Takde la pandai mana nak score. Kalau bola sepak boleh gagah lagi.
Tak pernah pernah nak sumbat gol hati rasa debar teruk. HAHA.

Nampak tak aku tengah fokus nak score. HAHA.

Last last, kiteorg dapat nombor 4 je. Okay la untuk newbies macam kiteorg.
Yang penting medal bola aku ada. HEHE.

Naib johan bola sepak.

Muka hitam teruk lepas berjemur dua hari.

Ini lah sukan terakhir Inter PPK yang akan aku join.
Lepas nie abang dah tak join sukan. Gantung kasut. HEHE.

4 comments:

yoorin melacolea said...

hahahahhahaa..comey bebenoooo main bola jaring.. hahaha..gigih laa nak shoot bola kann..

muas said...

kena sapu fair n lovely lah pulak

Tashira Sha said...

haha bola jaring bnyk sgt peraturan kan? hee

Nur Hafzhan said...

Haha tak pernah nampak laki main bola jaring kot XD