CHEF WAN MALU DENGAN SIKAP CHEF RIZ YANG KAKI 'KENCING'!!


AS'SALAM!


Bapak mana yang tak malu kalau dapat tahu anak dia menipu orang ramai lepas tu kantoi satu Malaysia. Kalau orang tak kenal takpe. Ini bapak dah jelajah seluruh negara. Lagi la tak tahu mana nak letak muka tu.

Hari ini, Chef Wan menzahirkan beliau sangat kecewa dengan sikap anak nya, Chef Riz yang menipu profail dirinya dalam rancangan MasterChef. Beliau tidak mengambil sebarang pendirian untuk mempertahankan Chef Riz.

Beliau juga meminta anaknya supaya memohon maaf kepada masyarakat atas perbuatan nya itu yang di sifatkan sebagai tidak bijak.


Melalui status Facebook di Chef Wan Fan Club,
"Saya memberitahu dia malam tadi, apa yang berlaku hari tu adalah lebih buruk daripada seorang guru yang menangkap anak murid nya menipu di dalam kelas. Sebagai seorang dewasa, dia sepatutnya menjadi role model kepada kanak kanak, 'shame on him', sekarang hendak buat apa, nasi sudah menjadi bubur."
Chef Wan berkata, anaknya mungkin tidak faham apabila seseorang itu sudah menjadi terkenal dan berbakat, akan ada golongan yang dikenali sebagai PHD (perasaan hasad dengki).

Katanya, tindakan anaknya dengan menipu dalam profail nya telah membuka ruang kepada golongan golongan tersebut untuk mengenakannya.

Setelah semuanya sudah terbongkar atau 'kantoi', Chef Riz telah mengubah profail nya dengan meletakkan sebagai pelatih di kedua dua restoran ternama itu.

p/s : Sebab perbuatan anak, bapak turut kena tempiasnya. So pada korang, jangan la buat sesuatu tu tanpa berfikir akan akibatnya, samada pada diri sendiri atau orang lain. Peace!


2 comments:

Mrs Sufatiha Infinity said...

ala...cian chef wan...at least dia bersikap profesional kan

Azar Azlan said...

@Mrs Sufatiha Infinityhehe. haruslah dye kena bersikap profesional. dah terang2 kot salah.