GARETH BALE KENA 'SKODENG' DENGAN BARCELONA!!


AS'SALAM!


Kelab Sepanyol, Barcelona memulakan langkah awal dengan memancing bintang Tottenham, Gareth Bale dengan menawarkan yuran perpindahan bernilai 35 Juta Pound.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola telah menghantar ketua pencarian bakat kelabnya, Albert Valentine untuk mengintai kelibat pemain sayap itu ketika Tottenham mencatat kemenangan ke atas Fulham, Ahad lalu yang menyaksikan Gareth Bale menyumbat gol untuk Tottenham.


Laporan dari Sepanyol menyatakan, Guardiola kini bersedia untuk melengkapkan perpindahan Bale ke Barcelona sekaligus meletakkan Tottenham dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan aset utama mereka itu.

Bale, 22, memiliki kontrak bersama Tottenham sehingga 2015.


2 comments:

ShahzCudin said...

left back barca xde yg power..masuk dia ni mmg terbaek la..

Azar Azlan said...

@ShahzCudintau takpe. masuk dye nie mmg lagi kebal la barca.