KENAPA NAK BANGUN AWAL...?!!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


SELAMAT PAGIIIIII :)
Korang apa khabar? Baik ke? Dah breakfast? Kalau belum jum join aku breakfast sebab aku pun belum breakfast lagi nie. Alang alang tu boleh aku belanja korang. HAHA.

Hari ini aku bangun awal padahal kelas aku kejap lagi pukul 10.
Secara logiknya aku harus bangun pukul 9. kan kan kan? HEHE.
Tapi semalam aku ada terbaca, kalau nak tahu seseorang tu rajin ke tak, kita boleh tengok pada waktu berapa dia mencelikkan matanya. Haaaaa.
Mesti banyak yang terasa kan? HAHA. Aku pun terasa gak. *face palm*

Okay, dekat sini aku nak share sikit apa kelebihan kalau kita bangun awal.
Nak tau tak? Kalau nak teruskan membaca, kalau taknak korang share jela. HEHE. jk!

KELEBIHAN BANGUN PAGI :
1. BOLEH MELAKSANAKAN IBADAH TEPAT WAKTU BAGI YANG MUSLIM [SOLAT SUBUH].
- Yang nie aku yakin, korang korang yang baca ni mesti solat Subuh, sebab tu pagi pagi lagi dah baca belog aku. :D

2. BADAN JADI LEBIH SEGAR DAN SIHAT.
- Apa yang dimaksud kan dengan ayat kat atas nie ialah, bila korang dah bangun pagi, korang boleh lah pergi bersenam, contohnya jogging. Udara pagi biasanya segar dan kurang tercemar. Kalau tengahari tu lain lah, udara dah tercemar dah.

3. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI.
- Yang nie sesuai dengan mereka yang bekerja mahupun pelajar seperti aku. Korang boleh jadi lebih produktif kalau bangun awal, contohnya korang takkan terkejar kejar untuk pergi kelas. Lagi lagi yang naik bus. Ohh aku dah rasa dah saat tu. HEHE.
Dan yang terakhir..

4. WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERFIKIR.
- Haa nie bagi sesiapa yang nak dekat final tu boleh la amalkan. Kebiasaannya time time macam inilah lebih sesuai untuk membaca kerana waktu nie amatlah tenang. Tak percaya korang cuba pagi besuk. Sebab pagi ni mungkin korang dah terlepas kott. HEHE.

So amacam, rasa rasa besuk boleh bangun pagi tak? HEHE. Sama samalah kita bangun pagi ye. Jangan dah tengahari baru nak bangun. Ish ish ish. :D


notakaki : Padahal aku tidur awal semalam, tu yang bangun awal. Poyo je kan. HEHE.




5 comments:

Eza Boom Boom :) said...

setuju ngan entry ni. mmg bagus pun bgun awal :)

Mohd Billy said...

blm tido sejak kul 3am

Azar Azlan said...

@Eza Boom Boom :) yess. give me FIVE! ;p

Azar Azlan said...

@Mohd Billy perghh, apa je kau buat?

botolairkosong said...

tido awl bgus, bngon awl pon bgus.(^.^)