KENAPA WEY, KENAPA..?!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


Salam Ramadhan untuk semua.
Dah masuk hari ke-10 kita berpuasa.
Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan untuk teruskan hidup.

Actually, aku baru bangun tidur nie. So masih mamai lagi kata orang.
Walaupun dalam ke-mamai-an, aku nak jugak membebel. Haha.
Kebetulan semalam, ade orang tanya aku, kau ada belog ke?
Best ke main belog nie? Bla..bla..bla.. Malas aku nak type soalan yang banyak. Hehe.

Mungkin orang lain, lain perspektifnya. Maybe dorang buat belog untuk kegunaan mencari rezeki (jual barang online), ada yang guna untuk suka suka sebab ikut kawan, ada yang untuk kerja kursus, tak kurang jugak untuk menjadi famous, macam macam lah boleh dibuat dengan belog nie pendek kata.



Awalnya aku mula minat ber-blogging nie masa aku tengok Ali Hanafiah meng-edit belognya untuk kerja kursus mungkin. Sejak dari itu aku mula ber-jinak jinak dengan belog.
Sebenarnya aku main belog nie sekadar untuk suka suka.
Hanya untuk meng-ekspress-kan apa yang aku rasa.
Sebab aku nie jenis yang tak reti nak meluahkan perasaan depan orang. Hehe.
Even ada follower setinggi bukit pun, tapi kalau dorang tak baca apa korang tulis, tak guna jugak kan.
Cukup lah orang baca apa yang aku tulis, luah, bebel, mengarut, caci maki kat dalam belog.
Aku nie bukanlah seorang penulis yang pandai menulis. Bukan buat belog untuk dapat A dalam subjek bahasa melayu. Hehe.

Bagi blogger blogger kat luar tu, tulis je apa yang korang suka kat dalam belog korang.
Takkan rugi apa apa pun, sebab yang sign up belog tu korang. Bukan orang lain.
Selagi kita jujur, orang akan rasa apa kita luah. *ayat nak sedap*
Be yourself!

notakaki: Aku rasa macam belog aku nie simple sangat.

4 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

blogging juga adalah terapi untuk minda yang verserabut. Contohnya remaja lingkungan 18-25 punyai masalah dipanggil "krisis identiti" dan blog boleh menjadi terapi yang baik =)

Salam kunjungan...

Azar Azlan said...

@Shahrul Hairy Shaharuddinyess, setuju! tempat paling baik untuk mereka mereka yang ada masalah 'krisis identiti' nie. platform untuk meluah segala tanpa halangan.

~ miSs rAkinAh ~ said...

agree with both of u..! :)
Apple Hijau mule berblog ni mase study kt kolej dlu..
first wat belog,sgt serabut..skunk da simple sgt plak..haha!

singgah n follow u dear ^__^

Azar Azlan said...

@~ miSs rAkinAh ~ simple dan padat dah bagus. :) .thanks.