NAK PERGI KE TAK..?!!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


Salam Jumaat untuk semua. :)
Diam tak diam, kita dah seminggu menjalankan ibadah puasa.
Syukur Alhamdulillah bagi mereka yang berpuasa penuh setakat ini, dan bagi mereka yang tak dapat puasa penuh. Jangan sedih, sebab pahala 'cuti' tu sama dengan orang yang berpuasa. :)

Bila tiba je hari Jumaat, mesti perkara pertama yang terlintas adalah Solat Jumaat.
Mungkin hanya pada orang lelaki, sebab golongan wanita hanya melakukan Zohor. Hehe.
Sebut je pasal Solat Jumaat, macam macam kenangan aku ada.
Yang pertamanya mestilah ponteng.
Ponteng nie kebanyakkannya masa kecik kecik dulu la.
Pergi masjid jalan ramai ramai dengan kawan kawan. Lepas tu singgah kedai, leka kat kedai sampai tak perasan yang Solat Jumaat dah habis.
Time tu bukan sedih, happy lagi adalah. Adoi.

Time time sekolah menengah dulu ada jugak tak pergi.
Masa tu jahil dari zaman kecik tak berubah ubah.
Geleng kepala bila ingat balik, tapi dah umur 22tahun nie, semakin matang InsyaAllah, (walaupun ramai cakap aku nie macam orang tak matang), aku takkan tinggalkan Solat Jumaat tanpa sebab.
Sampai bilakan nak tinggal Solat.
Bukan Solat Jumaat je, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' pun kena buat jugak.
Itu perkara wajib yang diamanahkan kepada kita.
Kita tak buat, kita berdosa.
Kalau pahala kita banyak sangat lainlah, nie pahala pun sebakul je, ada hati nak tinggal Solat.

Jangan tinggallah..
Selagi mampu tu buat la sedaya mungkin.
Kalau kita tak solat, siapa yang nak tolong solatkan?
Tiada siapa melainkan imam yang solatkan kita bila kita dah mati nanti.
Itu jam lepas kena tanam, rasalah seksaan sampai hari akhirat.
Ramai orang tau yang tinggal solat itu dosa, tapi ramai yang buat.
Kita tak boleh nak paksa, kita boleh menegur dan mengingatkan.
InsyaAllah.


Untuk para jejaka,

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.


notakaki: Kalau ada silap, mohon tegur. :)

6 comments:

jal said...

nice sharing, lagi satu nak dapat pahala lebih la kan time jumaat2 ni, datang awal ke masjid pastu duduk lah beriktikaf, tidur dalam masjid tu pon dah kira beriktikaf, so bukannya susah nak reload berlebihan pahala kan

::Mastura Zakaria:: said...

satu lagi pesanan. jgn meringan2kan khutbah jumaat. ni tak, imam sibuk baca khutbah, diorang kat belakang sibuk sms awek.apa pun tak boleh.

Encek Rizaira said...

lagi satu jgn la rebut tmpt duduk dgn aku...kesian tadi kaki aku sakit...hahaha

Azar Azlan said...

@jal InsyaAllah akan cuba. terima kasih :)

Azar Azlan said...

@::Mastura Zakaria:: hehe. tak main henset. awek pun takde nak main henset nie. hehe.

Azar Azlan said...

@Encek Rizaira haha. kuajaq punya a'a. hahaha