center

SEDIHNYA BILA...?!!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


Selamat pagii semua. :)
Hari nie dan macam hari hari yang lepas, aku bangun dari tidur dan keluar bilik mesti rumah dah takde orang sebab mak bapak aku dah pergi kerja.
Bila cerita pasal mak bapak, ibu ayah, umi baba dan sebagainya, aku akan ada sedikit sebak.

Aku ada ramai kawan yang dah jadi anak yatim termasuklah ex aku dulu iaitu kehilangan ibu atau ayah.
Kalau dua dua takde maknenya anak yatim piatu, yang ini anak yatim je.
Dan aku rasa ramai lagi yang kat luar tu yang dah jadi anak yatim.
Aku bersyukur yang mak dan ayah aku masih lagi diberi kehidupan.

Apa yang aku nak cerita nie ialah mereka mereka yang termasuk dalam golongan anak anak yatim ini adalah anak anak yang kuat. Dan aku percaya yang kalau mereka diberi peluang untuk hidup bersama kembali, pasti dorang akan hormat parents dorang tu.
Aku kalau nak cakap aku paham perasaan dorang, itu tipu la.
Sebab aku sendiri pun tak pernah rasa kehilangan ibu dan ayah yang tersayang.
Aku sentiasa mendoakan umur dorang panjang dan sihat tubuh badan.
Aminnnn!

Tapi kenapa yang ada mak bapak yang masih hidup nie tak reti nak hormat dorang?
Cakap pun nak kasar kasar dengan dorang, hentak kaki sana, hentak kaki sini.
Buat apa semua tu? Rimas dengan dorang yang selalu ambil berat pasal kita?
Masa kita lahir dulu, aku percaya yang paling gembira adalah ibu bapa kita dan bukannya doktor yang menyambut kita masa nak keluar dari rahim ibu.
Dengan air mata mengalir ibu mencium kita, ayah dengan sebak melaungkan azan/iqamah.
Saat saat yang paling berharga buat dorang.
Punya la dorang jaga kita time tu dengan baik sekali, bangun pagi pagi sebab kita selalu menangis tak selesa sebab banyak tahi dalam pampers.
Dorang jugak yang cucikan. Bila dorang dah tua, pakai pampers jugak, ada kita nak cuci?
Geli lagi ada la kan.

Aku sendiri pun ada jugak salah dengan mak bapak aku.
Setiap orang ada silapnya.
Tapi dorang tak pernah abaikan tanggungjawab dorang sebagai ibubapa.
Still bagi makan, still bagi duit belanja. Tak berkira sedikit pun.
Punya la sayang kat kita, pernah kita bersyukur dengan semua tu?
Kurang ajar lagi ada la.

Puasa pun dah nak dekat nie. Lepas tu dah raya.
Jangan lah tunggu raya baru nak mintak maaf dengan kedua ibubapa kita.
Takut takut sebelum puasa lagi dorang dah 'pulang' kepada Allah SWT.
Ruginya time tu. Sedih tak terhingga. SERIOUS.
So kawan kawan, mana yang ada ibubapa yang masih hidup tu, hormatilah dorang sebaiknya.
Ikut apa yang dorang cakap, dorang sayang kita.
Mana ada ibubapa yang tak sayang anak dorang. Sedangkan binatang pun sayang anak dorang.
Dan mana yang dah tiada tu, jangan pernah berhenti untuk sedekah kan Al-Fatihah buat dorang.
Assalamualaikum :)

notakaki: Aku tak berapa reti nak meluah perasaan dan agak sebak sedikit bila bercerita pasal ibubapa. :(

10 comments:

Unknown said...

rindu dgn mak abah kat kag..sedih puasa ni xdpt puasa dgn parents..nice entry...rindu kat aprents...T_T

azu said...

bila citer bab makbapak mmg sure sebak punye..xpe..saling ingat mengingati tu kan lebih baik..azu singgah~

Live to Life said...

aku nak nangis ni . kau cuti ke ape ?

Azar Azlan said...

@Cik Lyeen jangan lupa kejut dorang sahur. :)

Azar Azlan said...

@azu terima kasih singgah azu :)

Azar Azlan said...

@Live to Life kau jangan la nangis pulak. aku cuti wey.

iAmCekbolat said...

hurm, dlu kemain msuh dgn babah,skrg dh further study bila ckp fhone msti nges rindu :(

Azar Azlan said...

@CekbOlat-bOlat sayang bapak kau tu. takyah nak bermusuh sangat. :)

nana said...

Biasalah tu manusia. Tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Masa parents ada melawan, marah, menyampah semua. Bila takde baru nak menyesal sedih. Anyw, good one. Peringatan untuk semua including myself yang masih ada ayah ibu dekat atas muka bumi ini. Thumbs up. Semoga Allah panjangkan umur mereka. Aminnn :)

Azar Azlan said...

@nana kamarulsemoga panjang umur kita bersama. Aminnn