CUTI HABIS?!




ASSALAMUALAIKUM WBT.


Pagiiiii semua!
Aku sejak dua menjak cuti semester nie selalu bangun awal, Alhamdulillah.
Takde la asyik nak bangun tengahari je. Hehe.


Haa, gambar tu bukan bermaksud aku tengah mengidam nak makan kat secret recipe pepagi nie.
Tapi aku nak bagitau yang hari nie adalah hari pertama aku nak start kerja kat Secret Recipe.
Macam entry yang lepas, aku ada membebel pasal kerja dekat entry Layakkah aku Wordless Wednesday #12.

Nak hampir sebulan dah aku bercuti. Ada lagi baki 2bulan sebelum bermulanya semester baru.
Bila nak bukak semester baru mesti kena tahu result semester lepas dulu.
Haa yang tu aku malas nak tahu dulu. Biarkan dulu. Hehe.

Apa apa pun, pagi nie pukul10 pagi aku dah kena menapak kat Secret Recipe tu.
Pakai kena hensem, masa kena awal. First impression kata. Hehe.
Harap harap persekitaran kerja tu okay la. Aku nie dah la pemalu. Eh?
Kalau korang nak makan free datang la tempat aku kerja. Haha.

notakaki: Takut kalau bulan puasa nanti tak tahan. Hehe.

10 comments:

saya afi said...

haha. bulan puasa mksudnye xyah keja la. :p

Azar Azlan said...

@saya afi hahaha. mintak cuti sebulan kan. lepas raya masuk keje alek. ;p

Farid bin Aspar said...

Boleh tahu tu secret dia apa kan? hehee... lepas nie, bolehlah buat sendiri.... hehee

Azar Azlan said...

@Farid bin Asparlepas nie boleh share la secret dia. hahaha

Azza Afdzal said...

nanti tak tahan bulan pose jgan duk pi curi2 mkn lak hihihi

Azar Azlan said...

@Azza Afdzal haha. takde la. takkan nak makan kott. hehe.

Im not zoophobia said...

secret recipe manaaa?

Misz Mieza said...

Secret Recipe kat mana tu? Mana tau boleh gi claim choc banana cake pree.. Heheh..

Azar Azlan said...

@Im not zoophobia kat lukut, port dickson. tau tak? hehe

Azar Azlan said...

@Misz Mieza haha. nak claim kena sediakan duit tau. ;p