center

AKU TAKDE, KAU ADA..?!!

ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

"Jalan jalan menyeluk saku,
Dalam saku penuh bulu,
Apa khabar wahai pembaca ku,
Semoga sihat sihat selalu."

Haa, kan dah ter-pantun kat situ.
Pepagi dah masuk air. Tak tau asal. HAHA.
Hari nie aku agak la tak boleh nak lena tidurnya, sebab pepagi dah tengok bola.
Nampak tak semangat kesukanan kat situ? Mohon Rajagopal suruh aku datang training untuk pemilihan skuad Harimau Malaya. HAHA.

Okay okay, enough bluff-ing.
Aku takde tajuk pun nak di-bebel-kan hari nie.
Actually, aku nak cakap pasal Diari.
Korang tahu apa itu diari?
Berdasarkan kamus dewan, diari bermaksud buku yg mengandungi rakaman harian ten­tang pengalaman atau pemerhatian pe­ribadi, buku harian.


Siapa ada diari, angkat tangan?
Nampak macam aku je yang tak angkat tangan sebab aku memang takde diari. HEHE.

Aku memang takde diari, sebab aku bukan jenis yang rajin menulis.
Tapi sekarang ramai yang ada diari online a.k.a belog.
Ramai dah sekarang meng-aplikasi-kan belog sebagai diari dorang.
Mungkin dorang pun jenis yang malas menulis macam aku, so type kan senang. HEHE.

Apa beza diari buku dan diari belog?
Yang aku tahu la kan, bila orang baca diari kita, kita mesti malu gila kan. Kan kan?
Tak tahu la kalau ada yang tak malu. Kalau aku memang malu. HEHE.
Yang malu tu mungkin agak privacy sikit kott.
Takde salah pun nak buat diari guna buku atau belog.
Ikut kehendak seseorang individu. Asalkan dorang bahagia.
Tahun nie aku tak sempat nak buat diari, mungkin tahun depan aku buat.
In shaa Allah. :)
Peace.

notakaki: Tak tahu nak tulis apa dalam diari. HAHA.

8 comments:

NF said...

pernah ada diari, tapi tak suka menulis. so, diari terbengkalai begitu sahaja. menaip lagi fun. haha

Azar Azlan said...

@Fatihah kira okay la ada diari. saya takde. hehe.

Si Pencinta Setia...... said...

Memang malu lau org lain baca diari kita, lau sy tulis diari bila rasa nak marah kat org @ bila rasa sedih. Sbb nak luahkan pada org lain tak blh. Jadi lbh baik tulis dlm diari :)

Azar Azlan said...

@Si Pencinta Setia...... haa tau takpe. hehe.

Unknown said...

ada diari masa kecik kecik jaa, hehe :D

Azar Azlan said...

@deenaiena haha. dah besar diari hilang? ;p

Athirah Farah said...

hye.! singgah sini + nak komen ni.. hee =)
saya tade diari jugak coz tataw nak catat ape.. lagipon bukan minat menulis..tulis separuh lpas uh terbengkalai.. huhuhuhu


free tak.?? jom join satu segmen..

http://fasyrah89.blogspot.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html

if tanak join takpe.. tapi drop komen la kt situ ya.! =) boleh kan.??

thx.! =))

Unknown said...

Agak laa, hilang sat, pastu muncol balek, diari tuu mcm biskut kot? hehe :P