center

DAH CUTI KAH..?!!

ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM



Alhamdulillah, selepas melalui liku liku semester lepas yang penuh pancaroba, akhirnya cuti semester bermula. Lupakan semua paper final yang agak macam haroms soalannya.
Lagi lagi subjek English University yang aku langsung tak pernah masuk kelas tapi tiba tiba kena duduk untuk final. Apakah?
Macam down gila gila aku time tu nak jawab paper English University nie. Sigh.
Dan agak mendukacitanya nak dimaklumkan kat sini, lepas paper tu aku berjaya ranapkan, aku check balik slip exam aku, subjek English University nie dah 'hilang' dalam slip aku.
Dengan segala caci maki aku pendamkan dalam hati. HAHA.
So kompem kompem la aku akan subjek nie semester depan kan. Baru betul macam tu. HEHE.
Dah dah, benda dah lepas kan. Bak kata orang utara, "biaq pi la depa semua tu." HAHA.

So sekarang cuti semester dah bermula, tapi sekejap jelaa. Sebulan je. Bukan setahun.
Even sebulan pun, cuti jugak kan. Dapat la jugak aku duduk rumah dengan family. Lama dah tak balik rumah. Kucing aku pun dah tak kenal tuan. HAHA.
Cuti nie rasa macam nak ber-holiday dengan kawan kawan. Cukup la 2 atau 3 hari bercuti.
Aku planning macam nak pergi pulau. Tak kisah la pulau apa pun, pangkor ke, redang ke, perhentian ke, langkawi ke, pulau pandan jauh ke tengah ke.. Eh?...........

Berjemur kat pulau.

Apa apa pun cuti nie kena ada aktiviti. Tak boleh makan tidur je. Apa pun tak boleh macam tu.
Dah la aku jenis badan susah nak gemuk. Ada tips naikkan berat badan? HEHE.

Untuk mereka yang tengah bercuti tu, selamat bercuti la ye.
Sedikit pesanan, jangan tinggal solat dan jangan lupa baca Al-Quran.
Peace.

notakaki: Katil memang bestfriend terbaik. Susah nak bangun awal. HAHA.

13 comments:

afzalsukasuki said...

singgah dari kelab blogger :)

aku tak cuti sebab aku bukan student, tapi wiken ni aku nak pegi nengok adik aku kat perak..dia masuk PLKN :)

Azar Azlan said...

@afzalsukasuki haha. weekends tetap cuti. ;p .best la masuk PLKN. aku tak dapat peluang pun. hehe.

Miss N™ said...

Selamat bercuti...!
nanti bila dah sampai pulau, jerit kuat2...hihihi....
kompom...hilang tension..!

selamat mencuba.. :)

Azar Azlan said...

@Cik Nur haha. nanti nak buat la. jerit sampai hilang suara. hahaha. mekasih. :)

fatin aziz said...

cuti jugak!!! seronoknya nak gi holiday kat pulau..hehe

Azar Azlan said...

@fatin aziz jum la join. :)

iAmCekbolat said...

tayah jejauhh . pantai teluk kemang pun dah cukup :D

Azar Azlan said...

@iAmCekbolat pantai tu bosan dah. haha.

Anonymous said...

Thnks singgah my blog...owh student rupenye..mmng bg student cuti sem mmng syokla..merdeka jew..hihi

✿INA AINAA✿ said...

wahh syoknyaaa dia bercuti... happy holiday ye... ;)

Azar Azlan said...

@aslvie adam student lagi kak. :)

Azar Azlan said...

@✿A I N A A✿ haha. bukan selalu nak ber-holiday. :)

Annyss Aleeya said...

untungla dah cuti. haha.