center

NAK SENANG DENGAN CARA SENANG..?!!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ASSALAMUALAIKUM WBT

Setelah sekian lama, baru hari ini aku tergerak untuk update entry dekat belog aku yang tak seberapa nie.
Malas dah nak fikir pasal paper-paper final yang macam haroms soalannya.
Samada aku yang rasa soalan tu susah, atau aku yang tak study? HEHE.
Lupakan pasal benda tu. Dah lepas dah pun.

Sedar tak sedar, ada lagi masa 5 hari je lagi nak berpuasa. InsyaAllah.
Sekejap je rasa kan. Lepas tu dah raya dah.
Yang perempuan dah habis ganti puasa belum? Yang lelaki pulak? HAHA.
Seperti biasa, dah dah nak puasa dan lepas tu raya pulak, mesti nak guna banyak duit kan.
Time tu la nak beli baju baru, seluar baru, kain baru, langsir baru.
Macam macam la nak baru kata kau. Haa.
Selagi ada yang masih boleh digunakan tu, kita gunalah lagi kan.
Untuk apa membazir beli yang baru sedangkan yang lama masih elok. Kan?

Tapi serious la, time time orang nak guna duit nie, pasti akan ada cabaran dan ujian yang datang.
Contohnya, tahi tahi yang menjanjikan duit berkepuk dengan cepat. Dengan nama lain, Skim Cepat Kaya.
Mula lah berjanji yang bukan bukan yang modal kau akan digandakan dengan 3 dalam masa sebulan.
Macam macam la dorang janji lagi dengan ayat yang boleh meningkatkan nafsu tamak dalam diri.
Siapa yang taknak kan duit kau boleh berkepuk dalam masa sebulan? Kau taknak?
Orang yang kerja berhabis keringat pun belum tentu boleh dapat seribu gaji dia.
Lepas sebulan, confirm. CONFIRM!! Kau akan dapat berita yang syarikat dorang dah bankrup.
Serious talk.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

So pada siapa siapa yang kat luar tu, jangan la join benda benda yang seangkatan dengannya okay.
Takde benda yang boleh senang dengan cara yang senang.
Nak senang kena rasa susah dulu.
Yang penting halal dan berkat. Biar la dapat sikit pun, asalkan ada keberkatan.
Benda nie peringatan untuk aku jugak.
Terkadang iman aku goyah jugak.
Mohon dikuatkan iman. Aminn~

notakaki: Jangan la pernah terjadi kat diri ini. Mintak dijauhkan.

12 comments:

Aida Ismail said...

Sebelum terpengaruh dengan benda2 camtu, siasat dulu betul2 supaya tak menyesal di kemudian hari. Hehe. Yang penting, bersederhana dalam setiap perkara ye! Lebih2 lagi bila berbelanja.

Azar Azlan said...

@Aida Ismail yes. sangat setuju. agar tak ber-joli sakan orang kata. hehe.

ejulz said...

betul3.. baik gunakan duit tu buka bisnes sndiri.. hehe

Azar Azlan said...

@ejulz haha. tau takpe. ada gak untungkan.

Unknown said...

da habis ganti puasa :)

Azar Azlan said...

@fiza saiza bagus la kalau dah habis ganti. boleh puasa sesama. hehe.

Nae said...

itu lahh pasal , baik bersusah payah kumpul duit tu ikut jalan yang betul , daripada terikut nafsu nak cepat kaya sangat , yang kejar xdapat yang dikendong keciciran .. btw ,selamat berpuasa!!! :)

Azar Azlan said...

@Nur Azwa Edora tegas betul tu. hehe. selamat berpuasa jugak. :)

Nazatulwanis said...

berjaya vs kaya dgn usaha sendiri.
rezeki dtg dgn keredhoanNya

Azar Azlan said...

@Mawar berduri betul! 100% setuju. hehe.

kacang said...

kena hati2 nie,takut jgak klu cpt trpengaruh.

Azar Azlan said...

@kacang takpe, kuatkan hati. hehe.